Khamis, 20 Mac 2014

~ Resepi : Sayur Bayam Tumis Sos Tiram ~




BAHAN-BAHAN:

1 ikat sayur bayam
150gm cendawan raja
1 genggam ikan bilis -direndam
2 biji bawang kecil
2 ulas bawang putih
3 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil minyak bijan
air secukupnya untuk kuah sup
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK :

1. Kupas semua bawang dan dimayang halus , potong sayur bayam dan rendam ikan bilis dalam air panas sehingga lembut kemudian ditos dan ketepikan . Tumbuk semua bawang dengan ikan bilis sehingga lumat.

2. Bersihkan cendawan kemudian dipotong menjadi kecil-kecil. Panaskan sedikit minyak dalam frying pan dan tumis semua bahan yang ditumbuk sampai layu . Masukkan air , sos tiram , minyak bijan dan kacau biar mesra serta biar sampai kuah hampir mendidih .

3. Bila kuah dah nak mendidih boleh dimasukkan semua sayur bayam dan cendawan kemudian terus kacau . Boleh la dirasa jika kurang masin boleh ditambah garam , bila sayur bayam dah masak boleh la ditutup api dapur .

~ Resepi : Kek Coklat Kukus ~




Bahan-bahan kek:
1 cawan gula pasir
1 cawan serbuk koko
1 cawan minyak masak
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat manis
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
3 biji telur

Cara-cara:
Campurkan gula pasir, serbuk koko, minyak masak, susu cair dan susu manis ke dalam periuk. Masak sebentar di atas api yang perlahan sehingga semua bahan larut.
Ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder.
Pukul telur sampai kembang, campurkan dengan adunan koko. Gaul rata dan campurkan adunan tepung. Gaul sebati dan tuang ke dalam acuan.
Tutup acuan dengan aluminium foil supaya wap tidak masuk ketika mengukus. Kukus kek selama 45-60 minit dengan api yang perlahan.
Keluarkan kek dari kukusan dan biarkan sejuk sebelum diletakkan topping ke atas kek.

Bahan-bahan topping (coklat ganache):
150 g thickened/whipping cream
150 g coklat masakan
15 g butter

Cara-cara:
Campurkan coklat masakan dan thickened cream dalam satu bekas. Panaskan sehingga coklat masakan menjadi cair dengan menggunakan kaedah double boiling.
Kacau sehingga sebati, kemudian tambahkan butter.
Biarkan campuran sejuk seketika. Bila campuran telah suam, curah coklat ganache ke atas kek.

Khamis, 13 Mac 2014

. Resepi : Puding Roti Karamel .



Bahan karamel:
4 sb gula pasir
1/4 cawan air
** masuk air dan gula dlm loyang, masak atas api yg kecil hingga keperangan. Tutup api, sejukkan.

Bahan puding:
7 keping roti putih
3 biji telur
1/2 cawan susu pekat
2 cawan susu cair
Pewarna ~ merah, hijau dan kuning
Perasa ~ ikut citarasa

Caranya :
1. Campur semua bahan kecuali pewarna dan perasa. Blender hingga halus.
2. Bahagikan adunan kpd 3 bahagian, warnakan dan letak perasa kegemaran.
3. Tuang adunan selang seli dlm loyang yg ada karamel. Adunan puding ni cair, bila tuang adunan berwarna, ada warna yg akan tenggelam. Tak apa, bila dah kukus nnti, cantik je kejadiannya.
4. Kukus selama 30 minit atau hingga masak.
5. Bila dh masak, sejukkan. Biar betul2 sejuk baru diterbalikkan dan dipotong.
6. Sedap dimakan bila disejukkan dlm peti ais.

. Resepi : Agar - agar Lumut .


Bahan-bahan:
10 gram agar-agar
550ml air
80ml santan pekat
1 biji telur
6 sudu makan gula pasir
secubit garam
setitik pewarna hijau

Cara:
1. Didihkan agar-agar bersama 550ml air sehingga larut.
2. Masukkan gula pasir serta setitik pewarna hijau dan kacau sehingga larut.
3. Pukul telur dan masukkan ke dalam santan. Tapis. Kemudian masukkan ke dalam adunan agar-agar di dalam periuk. Kacau perlahan-lahan. Tutup api.
4. Masukkan adunan agar-agar ke dalam acuan yang disukai.

. Resepi : Jantung Pisang Goreng .


Bahan-bahan ( 5-6 ORANG MAKAN )

1 biji jantung pisang saiz sederhana ( kalau kat pasar tani boleh dapat dengan harga RM1 )
6 biji bawang merah kecil. ( kalau guna b.merah besar 1 biji )
2 ulas bawang putih
2 sudu cili boh atau cili giling
hati ayam, pedal, leher, dan kepak ayam dipotong kecil sebagai rencah.
garam, gula, asam keping dan serbuk perasa jika suka

Cara-cara :

1. Jantung pisang dibelah 2. Potong melintang dalam 1cm. Rendam di dalam air garam untuk membuang getahnya lebih kurang setengah jam. setelah itu diramas-ramas dan toskan airnya. ulang beberapa kali.
2. Kisar atau tumbuk bawang putih dan bawang merah.
3. Tumis bahan kisar bersama cili boh hingga sedikit garing. Masukkan rencah ayam tadi bersama asam keping.
4. Masukkan jantung pisang, gula dan garam secukup rasa.
5. Sangat menyelerakan jika dihidang bersama singgang atau gulai. 


Cubalah.

. Resepi : Ketupat Sotong Manis .


Bahan-bahan

sotong
beras pulut-rendam dalam santan
lidi kelapa- potong serong/tajam
santan pekat
gula melaka (mengikut citarasa)
perasa-gula,garam
2 biji bawang merah-mayang halus
2 helai daun pandan-diikat simpul

Cara-cara :

-Masukkan beras pulut kedalam sotong bersama dengan sedikit air santan dan tutup dengan lidi kelapa
-masukkan sotong yang telah siap disumbat kedalam periuk bersama dengan air santan tadi, santan pekat, daun pandan dan air
-masukkan gula melaka,bawang merah gula dan secubit garam untuk rasa lemak..
masak sehingga sotong dan pulut masak
-sedia dihidang

. Petua Dapur : Cara hilangkan bau PETI SEJUK .





Bersihkan peti ais terlebih dahulu. Tutup suis dan keluarkan semua bahan yang terdapat dalam peti ais. Gunakan tuala basah untuk lap keseluruhan bahagian dalam peti ais. Biarkan kering.

Setelah kering, masukkan semula semua bahan dalam peti ais. Letakkan sedikit esen vanilla di dalam bekas kecil tanpa penutup dan masukkan ke dalam peti ais. Hasilnya peti ais anda akan berbau vanilla yang segar.





Bahan-bahan

udang
petai

(bahan kisar) :

cili kering(mengikut kepedasan)
5 biji bawang merah
6 ulas bawang putih
1 labu bawang besar

3 sudu makan sos cili
cawan air asam jawa
sedikit belacan
perasa (garam,gula,ajinomoto)

Cara-cara :

1. tumis bahan yang dikisar sehingga terbit minyak
2. kemudian masukkan sos cili, air asam jawa, belacan dan perasa
3. akhir sekali masukkan petai dan udang kacau sehingga udang masak
4. sedia dihidang bersama nasi putih

. Resepi : Ayam Serai Wangi .




Bahan-bahan :

1 ekor ayam
cili kering kisar- (mengikut kepedasan)
susu sejat/cair
2 helai daun limau purut-diracik
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
minyak
perasa- garam, gula, ajinomoto
(bahan tumbuk)
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 batang serai

Cara-cara :

-panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan yang ditumbuk.
-kemudian masukkan cili kering kisar dan tumis sehingga terbit minyak
-selepas itu, masukkan sedikit serbuk kunyit serta ayam, gaul sehingga sebati
-apabila ayam sudah mulai masa, masukkan daun limau purut serta sedikit susu sejat
-akhir sekali masukkan perasa. Masak sehingga kuah kering/pekat
-sedia dihidang bersama nasi putih

Selamat mencuba dan jemput follow...

. Resepi : Kerabu Perut Simple .



Bahan:

1/2 kg perut lembu - potong dan bersihkan
2 btg serai - mayang halus
1/2 btg bunga kantan - mayang halus
1 biji buah tomato - potong kecil
1/2 biji bwg besar - mayang dan potong halus
cuka secukup rasa
sos ikan/sotong secukup rasa
garam dan gula secukup rasa
boleh di tambah timun/kacang pjg - potong halus dan taugeh sekiranya suka

Cara:

1.Setelah dibersihkan kesemuanya dan dipotong. Gaul.
2. Masukkan cuka, sos ikan, garam dan gula. Gaul rata.
3. Rasa dan hidang.





Selamat mencuba dan jemput follow..

. Resepi : Puding Kacang Hijau .





Bahan-bahan :
- 1 bungkus agar-agar serbuk - plain
- 750 ml susu cair 
- 250 ml air
- 200 gm gula pasir
- 100 gm kacang hijau - cuci bersih dan rendam 1/2 jam
- 1/2 sudu teh garam
- 1/2 sudu teh strawbery paste
- Sedikit pewarna pink

Cara-cara :
1. Rebus kacang hijau sampai merekah dan masak. Angkat dan sejukkan.
2. Setelah kacang hijau sejuk, blender dengan menambahkan air sedikit demi sedikit sehingga kisaran menjadi halus. Ketepikan
3. Masak agar-agar, susu cair, air dan gula pasir sehingga mendidih. Kemudian masukkan kacang hijau dan garam. Kacau rata. Masak lagi hingga mendidih dan kacau sentiasa dengan api sederhana.
4. Angkat dan letak sedikit pewarna pink dan strawberry paste dan kacau rata.
5. Sendukkan adunan kedalam acuan yang dibasahkan terlebih dahulu.
6. Biarkan sehingga adunan suam dulu sebelum dimasukkan dalam peti sejuk. Hidang ketika dingin bersama sos coklat atau buah-buahan campuran.

. Resepi : Puding Milo .

Lapisan milo

8gm agar2 tali
Air ikut sukatan pada pembungkus
1/2 cawan gula
3/4 cawan milo (serbuk koko pun blh)

1. Masak agar2 dgn air hingga larut
2. Setelah larut masukkan gula dan milo dan kacau hingga xberketul2
3. Selepas semuanya larut tapiskan agar2 sebelum dimasukkan kedalam loyang
4. Biarkan ianya keras sedikit
5. Bila agar2 dah agak beku cucuk2 sedikit permukaan agar2 sebelum dituang lapisan yang kedua supaya puding tidak tertanggal dan melekat cantik

Lapisan susu

10gm agar2 tali
Air ikut sukatan pada pembungkus
1/2 cawan gula
1 cawan susu sejat
Esen vanila (aku guna esen coklat)

1. Masak agar2 dgn air hingga larut
2. Setelah larut masukkan gula dan kacau hingga betul2 gula larut
3. Masukkan susu sejat dan esen
4. Dgn perlahan2 tuang puding keatas agar2 milo tadi dan biarkan sehingga agak2 keras
5. Selepas itu tuang pula agar2 milo dan ulangi proses yang sama hingga adunan habis.


ttaarraaaa... *selamat mencuba*


. Resepi : Rich Chocolate Pudding .





Bahan-bahan
1/2 cawan serbuk koko
1 cawan gula
1/2 cawan susu tepung
1/2 sudu teh garam
4 1/4 cawan air
4 sudu besar tepung jagung ( saya guna tepung kastard)
1/2 sudu teh esen vanilla
3 sudu besar butter ( saya letak 2 sudu besar je)
1 paket serbuk agar2 (10-11gm)

Cara-cara

1. Campurkan semua bahan kecuali butter dan kacau selalu hingga mendidih.
2. Masukkan butter, kacau hingga pekat.
3. Angkat dan masukkan kedalam loyang atau acuan yg disukai.
4. psssttt! ni akak tambah cara yer..untuk puding ni n puding2 lain, kalu nak senang keluarkan bila dah beku, basahkan dulu acuan sebelum memasukkan puding..bila dah beku, insyaAllah senang nak keluarkan.


*Selamat Mencuba*