Jumaat, 20 Mac 2015

Resepi Mee Bandung Muar


Jumlah Hidangan : 3

Bahan-Bahan:
1 paket mee kuning
8-10 tangkai cili kering
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar udang kering
200 gram udang
200 gram daging
Garam dan gula secukup rasa
3 cawan stok daging
4-5 tangkai sawi
Sedikit kubis
1 camca besar sos tiram
2 bij telur

Cara Penyediaan:
Rebus udang kering bersama 1/2 cawan air.
Blend cili kering, bawang putih, bawang merah dan udang kering bersama air rebusan udang kering.
Panaskan sedikit minyak, tumis bahan kisar sehingga pecah minyak.
Masukkan batang sawi, sos tiram, udang dan daging, kacau seketika, kemudian masukkan 3 cawan air rebusan daging.
Masukkan daun sawi dan kubis berserta bancuhan tepung jagung.
Masak sehingga mendidih, dan tuangkan ke atas meja.

RESEPI NASI HUJAN PANAS


Bahan-bahan :
2 cawan beras
1/2 inci halia-dihiris...
1 batang kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
2 ulas bawang putih-diketuk
3 biji bawang merah-dimayang halus
1 kiub ayam knorr
2 sudu besar minyak masak
sedikit butter
pewarna merah,hijau dan kuning.

Cara-cara :
-cuci beras dan sukat air seperti biasa.ketepikan.
-panaskan minyak dan butter(campur keduanya).tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sebentar.
-masukkan bawang putih dan halia.kacau hingga naik bau.masukkan bawang merah.tumis garing.tutup api.
-kemudian masukkan kiub ayam.hancurkan dan masukkan semua tumisan tadi dalam periuk nasi yg berisi beras dan air.kacau sedikit supaya sebati.masak nasi seperti biasa.
-setelah nasi masak.titiskan sedikit sahaja pewarna merah, hijau dan kuning.gaul-gaulkan nasi sedikit.
-hidangkan bersama bawang goreng.

**enak dimakan bersama ayam/daging masak merah.

Resepi Apam Beras Tradisional Kukus



Bahan-bahan :
2 cawan nasi sejuk
2 cawan tepung gandum...
2 cawan tepung beras
1 cawan brown sugar
3/4 cawan gula pasir
2 1/2 cawan air
2 sudu kecil yis kering - mauripan

pewarna makanan
Kelapa parut putih dikukus - gaul dengan sedikit garam

Cara-cara :
1. Blend nasi dan air sehingga hancur. Setelah hancur, campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
2. Dalam bekas lain, satukan tepung gandum, tepung beras dan yis. Kacau rata.
4. Masukkan bahan cecair tadi ke dalam bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
5. Perap selama 3 jam.
6. Didihkan air dalam pengukus dan balut penutupnya dengan kain bersih.
7. Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil.
8. Ambil sedikit adunan ke dalam mangkuk kecil. Masukkan beberapa titik pewarna yang digemari dan kacau rata-rata.
9. Masukkan adunan dalam acuan kecil dan kukus selama 15 minit dengan api besar.
10. Hidang bersama kelapa yang telah di gaul dengan sedikit garam

Resepi Kek Kukus Keju Lapis



bahan-bahan: loyang 9 atau 10 inci
250 g tepung gandum (diayak)
7 biji telur A pd suhu bilik (diasingkan putih dan kuningnya) ...
250 g gula halus (dibahagi dua)
2-3 sb susu pekat manis
300 g mentega (pada suhu bilik)
260 g krim keju (pada suhu bilik)
260 ml krim putar / whip cream
sedikit pandan emulco/pes pandan
sedikit coklat emulco / pes coklat/ cofee emulco (DJ guna 1 sb serbuk koko + 1 sk cofee emulco)
sedikit esen vanilla

cara-cara :
1.Panaskan kukusan. Sediakan loyang dan sapukan dengan mentega.
2.Pukul putih telur hingga berbuih. Kemudian masukkan 1/2 daripada gula halus sedikit demi sedikit dan pukul hingga kental. Ketepikan.
Di dalam mangkuk pengadun yang lain, pukul mentega, keju dan susu pekat hingga gebu. Kemudian masukkan lebihan gula tadi dan putar lagi hingga sebati.
3.Masukkan kuning telur satu persatu sambil diputar perlahan.
Kemudian, satukan adunan dengan meringue tadi dan sebatikan.
Masukkan krim putar dan tepung secara berselang seli hingga habis. Putar lagi hingga rata.
4.Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Setiap bahagian dicampurkan dengan pes pandan, pes coklat/coklat emulco+coffee emulco, dan pewarna kuning+esen vanilla (boleh juga menggunakan pewarna/pes yang lain mengikut kegemaran masing-masing). 5.Kemudian setiap adunan tadi dibahagikan lagi menjadi dua bahagian.
6.Tuangkan lapisan hijau ke dalam loyang dan ratakan. Tutup loyang dengan kertas foil tetapi biarkan ia longgar sedikit. Kemudian kukuslah selama 10 minit atau hingga adunan dah tak cair.
7.Tuangkan lapisan kedua (kuning), dan kukus lagi selama 10-12 minit. Seterusnya lapisan ketiga. Ulangi proses hingga habis. Setelah ke lapisan terakhir
8.kukuslah selama lebih kurang 20-30 minit atau sehingga kek masak sempurna. Setelah masak, sejukkan kek sebelum dikeluarkan daripada loyang.

Resepi Ayam Bakar Maple


Bahan-bahan (2-3 orang)
2 ketul ayam maryland...
2 ulas bawang merah – dikupas kulit
2 biji lobak – dipotong
3 biji ubi kentang – dipotong
2 biji tomato
2 biji cili hijau – dibelah dua
2 biji cili merah – dibelah dua
3-4 tangkai daun rosemary
Garam dan lada hitam
4 sudu sirap maple (maple syrup)
Minyak zaitun (olive oil)

Cara-cara
Perap ayam dengan garam dan lada hitam selama 30 minit.
Masukkan bawang merah, lobak, ubi kentang, tomato, cili hijau dan cili merah ke dalam loyang untuk membakar (roasting pan).
Gaul bahan-bahan ini dengan sedikit garam, lada hitam dan minyak zaitun. Bakar selama 30 minit dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190 celsius.
Keluarkan roasting pan, masukkan daun rosemary. Kacau bahan sayuran dengan sekata. Masukkan kembali ke dalam oven dan bakar lagi selama 10 minit.
Masukkan ayam ke dalam roasting pan. Sapu ayam dengan sirap maple dengan sekata. Bakar ayam selama 30 minit.
Terbalikkan ayam dan bakar lagi sehingga ayam betul-betul masak (20-30 minit).
Siap untuk dihidangkan

Resepi Roti Pizza




Bahan bahan :
1 1/2 cawan air suam...
2 sk yis mauripan
Secubit gula
4 cawan tepung gandum
1/4 sk garam
1/4 cawan olive oil
Sedikit olive oil (lumur)

Cara-cara :
Campurkan gula ke dalam air suam dan masukkan yis. Kacau rata dan biarkan selama 5 minit tanpa dikacau lagi.
Ayak tepung ke dalam mangkuk. Masukkan garam. Buatkan satu lubang di tengah tengah tepung. Tuangkan olive oil ke dalamnya, diikuti dengan air yis tadi.
Ambil pisau dan dilalukan seolah memotong kek dari tepi ke tepi sehingga menjadi sebati.
Dengan menggunakan kedua dua tangan, uli, gulung doh sehingga tidak melekat di tangan.
Taburkan tepung gandum atas papan pencanai. Uli doh sehingga rata dengan meletakkan tangan di kedua dua tepi doh, dilipat ke tengah dan ditolak ke depan dengan kedua dua tangan.
Sapukan olive oil di mangkuk dan letakkan doh yang siap diuli di dalamnya. Sapu lagi olive oil di serata permukaan atas doh.
Akhir sekali tutup dengan plastic wrap dan biarkan doh selama 30 minit. Keluarkan doh yang dah naik berkali ganda, tumbuk dan bahagi kepada 2 bahagian.
Sapukan dulang pizza dengan butter. Leperkan doh pizza dan dicucuk cucuk sedikit dengan garfu bagi mengeluarkan udara. Bolehlah disapu dengan sos pizza dan letaklah apa apa topping pizza yang disukai.
Siaaap doh yang gebu dan lembut ini. Siap untuk diletakkan sos dan topping...

Resepi Bubur Ayam



Bahan-bahan:
250 gram beras
1 inci halia dihiris halus memanjang
2 sudu kecil serbuk pati ayam
250 gram isi ayam
Garam secukup rasa
1 liter air

Cara menyediakan:
1 Rebus ayam hingga empuk. Keluarkan ayam dan toskan airnya. Air rebusan ayam boleh digunakan semula.
2 Basuh beras hingga bersih. Masukkan beras kedalam periuk lebihan air rebusan ayam. Masak beras hingga kembang, masukkan air mengikut sukatan yang anda mahu.
3 Bila hampir masak masukkan halia, pati ayam dan sedikit garam.
4 Bubur bolehlah dihidang dengan ayam rebus yang telah disiat kecil memanjang, bawang goreng, lada merah dan daun sup.
5 Enak juga jika dititiskan sikit dengan minyak bijan.ikan bilis n kacang goreng, cili jeruk atau telur masin.

RESEPI SERI MUKA PULUT HITAM




Lapisan Bawah :
3 cawan santan cair
1 cawan pulut hitam...
1 cawan pulut putih
1 sudu teh garam

Cara2nya :
1. Rendam pulut hitam dan putih secara berasingan selama 3 jam.
2. Gaulkan semua bahan dan masukkan ke dalam loyang, kukus hingga masak.
3. Sapukan sedikit minyak di dalam loyang lain dan tekankan pulut yang telah masak tadi, kukus semula dan gariskan pulut dengan garfu (ini perlu supaya pulut bercantum dengan lekat nanti bila dah letak lapisan atas)
Lapisan Atas :
2 cawan santan pekat + jus pandan +sedikit kaler hijau - saya letak pewarna hijau + pandan emulco
4 sudu makan tepung gandum
2 sudu makan tepung kastard
3 sudu makan gula pasir
2 biji telur
1 sudu teh garam

Cara2nya :
1.Gaul rata semua bahan dan tapis.
2. Tuang perlahan2 ke dalam loyang pulut tadi.
3. Kukus selama 30 minit. Sejukkan dulu baru potong

Resepi Pari Masak Asam Pedas



Bahan-bahan :
1 kilogram ikan pari...
200 gram cili kering direbus dan dikisar
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm kunyit hidup
50 gram belacan
2 cm halia
50 ml air asam jawa
200 gm kacang bendi
150 gm daun kesom
1 kuntum bunga kantan

Cara penyediaan :
1 Kisar cili kering, bawang merah, bawang putih, kunyit hidup dan belacan hingga halus.
2 Panaskan minyak. Masukkan bahan-bahan kisar tadi. Tumis hingga terbit minyak.
3 Masukkan air asam jawa dan ikan. Masukkan garam.
4 Apabila kuah sudah mendidih, masukkan bendi, daun kesom dan bunga kantan.
5 Tunggu hingga bendi lembut. Air boleh ditambah untuk mendapatkan kuah yang lebih.

Resepi Nasi Kerabu



Bahan Utk Nasi
* 3 cawan beras
* 4 cawan air...
* 1 batang serai dketuk
* 2-3 daun limau purut
* sedikit pewarna biru
> Beras dbersihkan dan dimasak seperti biasa bersama2 serai,daun limau purut dan pewarna biru.

Bahan Utk Sambal Kelapa/Ikan
* 1/2 biji kelapa parut – ditumbuk sedikit (saya guna kelapa kering)
* 2-3 ikan kembung/selayang – dipanggang (saya guna mackerel in sunflower oil- basuh sikit)
* 4 ulas bawang merah
* 1.5cm halia
* 1 batang serai – hiris
* 1 sudu kecil lada hitam
* garam dan gula secukup rasa
> tumbuk bawang merah,halia,serai dan lada hitam.kemudian masukkan isi ikan dan tumbuk sampai lumat.
> kemudian campurkan ngan kelapa parut dan disangai guna api yg kecil sehingga agak kering dan berderai.

Utk Kuah Sambal
* *5 batang cili kering
* *5 ulas bawang merah
* *2 ulas bawang putih
* *2 inci belacan- bakar dulu
* *1.5 inci halia
* 1 batang serai – titik
* gula merah n serbuk perasa jika suka
* 2 cawan santan
* asam keping
* garam
> tumbuk bahan yg bertanda *.
> didihkan santan hingga pecah minyak dan pekat.
> masukkan bahan tumbuk, serai, gula merah dan asam keping.
> didihkan lagik hingga kuah agak2 pekat n kering.
> suaikan rasa dan angkat.

Utk Solok Lada
* 10 biji lada hijau – potong jgn putus dan buang biji
* 1/2 biji kelapa parut putih
* 4 ulas bawang merah
* 1.5 cm halia
* lada itam skit
* 2-3 ekor ikan kembung – ambil isi sahaja
* sedikit garam,gula dan perasa
> Tumbuk bawang,lada itam dan halia hingga lumat dan masukkan garam,gula dan isi ikan.
> tumbuk lagik hingga lumat.
> campurkan ngan kelapa parut dan sebatikan.
> sumbatkan ke dalam lada hijau. susun ke dalam periuk kukus.
> kukus hingga masak. *hana rebus ngan santan jer!

Utk Daging Panggang – bleh buat juga ikan goreng tepung, ayam panggang jika suka
* daging lembu gred A @ daging btg pinang
* garam
* lada hitam
> gaulkan daging dengan garam n lada hitam
> panggang ngan suhu 200 selama 45minit atau hingga daging masak. jgn lama sgt nnti tak juicy!

Ulam-ulaman & bhn lain
* kacang panjang
* taugeh
* timun
* daun kesum
* kubis
* bwg jeruk
* telur masin
* keropok ikan
* sambal belacan

PENGAT PISANG NANGKA



Bahan-bahan:

5 biji pisang nangka-dipotong menyerong (atau ikut suka anda)...
1 cawan santan pekat (sy guna santan kotak)
4 cawan air
2 ketul gula melaka
1/4 cawan gula merah
1/4 cawan biji sagu
2 helai daun pandan-diikat
1/2 st garam
gula secukupnya (optional jika anda hendak lagi manis)

Cara-cara:
Masak gula melaka dan gula merah sehingga hancur dengan 2 cawan air. Tapis
Masukkan santan, air, air gula melaka, garam dan daun pandan tadi dalam periuk dan masak sehingga mendidih.
Masukkan sagu biji dan pisang. Masak sehingga sagu kembang.
Gula boleh dimasukkan jika anda hendakkan lebih manis.
Angkat dan hidangkan.
Nota:
Saya tidak masukkan gula putih dalam pengat nie sebab manis gula melaka dan gula merah serta pisang sudah mencukupi.

Resepi Otak-Otak


3 keping ikan tenggiri atau ikan merah ~ diambil isinya sahaja dan dicincang halus
1 sudu teh serbuk ketumbar
3 batang cili merah ~ dibuang biji dan dikisar halus...
5 tangkai cili kering ~ direndam hingga lembut dan dikisar halus
4 ulas bawang merah ~ dikisar
2 ulas bawang putih ~ dikisar
3 biji buah keras ~ dikisar
1 cm halia ~ dikisar
1 batang serai ~ dikisar
1 cm kunyit hidup ~ dikisar
175 ml pati santan
garam secukup rasa
1 kiub ikan ~ ita tambah
20 helai daun kelapa ~ ita gantikan dengan daun pisang
Lidi secukupnya
Satukan semua bahan kecuali isi ikan dan daun kelapa.
Panaskan atas dapur sekejap hingga didih dan pekat kuahnya
Tunggu sehingga kuah sejuk
Bila dah sejuk gaulkan dengan isi ikan tadi
Sudukan ramuan ke atas daun kelapa atau daun pisang
Sematkan dengan lidi kemas di kedua-dua hujungnya
Gril sehingga masak
Hidangkan bersama hirisan limau nipis dan sambal belacan dan makan bersama nasi panas.

Resepi Agar-Agar Jagung


Saiz: 8" persegi

LAPISAN BAWAH:

6g Serbuk Agar-Agar
1 tin Krim Jagung
110g Gula
250ml Susu Segar
350ml Air
LAPISAN ATAS:
6g Serbuk Agar-Agar
100g Gula
200ml Santan
350ml Air
Secubit Garam

CARA2:
1. Lapisan bawah:
Didihkan serbuk agar2 & air sehingga larut.
Masukkan gula & kacau sehingga larut.
Masukkan susu & krim jagung, kacau sebati.
Tuangkan ke dalam bekas.
Biarkan separuh beku, cakar dgn garfu sebelum di tuangkan lapisan atas.
2. Lapisan atas:
Didihkan serbuk agar2 & air sehingga larut.
Masukkan gula & kacau sehingga larut.
Masukkan santan & garam.
Tuangkan ke atas lapisan tadi.
3. Sejukkan di suhu bilik sebelum di masukkan ke dalam petisejuk.

RESEPI RENDANG TOK



Bahan-Bahan :
- 1 1/2 kg daging (dipotong dadu mengikut saiz dikehendaki)...
- 3 liter santan
- 1 biji kelapa parut (sangai, jadikan kerisik) sedikit isi kelapa (dihiris kecil, jadikan kepingan dan disangai)
- 2 helai daun kunyit beberapa helai daun salam
- 3 batang serai (dititik)
- 1 batang kulit kayu manis
- 4 biji bunga lawang
- 10 biji bunga cengkih
- 1 1/2 keping gula nipah/kabung/melaka
- Garam secukup rasa
- Minyak untuk menumis
Bahan disangai (goreng tanpa minyak) :

- 11/2 sudu makan jintan manis
- 1/2 sudu makan jintan putih
- 2 sudu makan biji ketumbar
Bahan kisar :
- 20 biji cili kering (rendam dulu)
- 1 sudu teh lada hitam
- 10-15 biji bawang merah
- 1 labu bawang besar
- 5 ulas bawang putih
- 3 sm lengkuas
- 5 batang serai
- 5 sm halia
- 3 sm kunyit hidup
- Bahan yang disangai tadi


Caranya :
- Mula-mula perapkan daging dengan sedikit bahan kisar.
- Panaskan minyak dan tumiskan serai, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan bahan kisar. Masakkan rempah itu dahulu.
- Masukkan daging yang diperap beberapa jam tadi. Kacau.
- Masukkan santan, gula Melaka/kabung, garam, separuh dar kerisek, daun salam dan daun kunyit yang telah dicarik. Kacau sedikit, biarkan ia masak. `tambah air jika perlu'
- Bila daging nampak empuk, masukkan semua baki kerisik dan kelapa kepingan kecil yang disangai tadi, kacaukan. Masakkan rendang tok ini biar betul-betul kering.
TIP :
- Rendang Tok ini mesti kering dan ia akan bertukar warna kehitaman.
- Daun salam adalah bahan kesenian rendang Tok.

RESEPI CHOCOLATE MOUSSE


Bahan-bahan ( dapat 4 bekas ) :
1 cawan whipping cream...
2 biji telur - asingkan kuning dgn putih telur
5 sudu gula halus
250gm choc masakan
Sesudu marjerin/ butter
1/2 sudu serbuk nescafe - bancuh dgn sedikit air
1 sudu esen vanilla

Cara-cara :
1. Pukul whipping cream menggunakan whisker/mixer sampai stiff peak.
2. Dalam bekas yg lain, masukkan kuning telur dan gula. Kacau sampai telur tu bertukar kaler jadi cerah sikit. Dalam 3-4 minit mcm tu lah..
3. Dalam bekas yg lain lagi, cairkan choc masakan dan marjerin dgn menggunakan teknik double boiler. Lepas choc dah cair, masukkan serbuk nescafe yg dah dibancuh dgn air.
4. Masukkan adunan kuning telur tadi ke dalam adunan choc kita.
5. Kacau sampai sebati dan panaskan kembali adunan tersebut guna kaedah double boiler jgk. Kejap je, lepas tu angkat dan ketepikan.
6. Pukul putih telur dalam bekas lain sehingga stiff peak/kembang.
7. Akhir sekali, gabungkan kesemua adunan ( whip cream, choc dan putih telur ). Kacau adunan sehingga sebati - Jangan terlebih kacau supaya texture mousse kita tak hilang. Masukkan adunan ke dalam bekas yang sesuai.
8. Sejukkan mousse dalam fridge selama 4-5 jam atau semalaman. Sedia dimakan