Rabu, 29 Mei 2013

Jenis-Jenis Mandi

Mandi pada setiap pagi dan petang sememangnya menjadi rutian harian kita, tetapi sejauh manakah mandi itu mampu memberikan terapi terhadap kesihatan anda? 

Kami ingin berkongsi beberapa jenis mandian serta kebaikannya dan mungkin selepas ini anda boleh mempraktikannya dalam kehidupan seharian anda. 

MANDI AROMATERAPI 

Mandian aromaterapi adalah mandi yang menggunakan bahan-bahan yang dicampur dengan rempah-ratus tradisional yang sudah diperap khas. Kebaikan mandian ini adalah ia dapat meningkatkan sistem peredaran darah, merehatkan otot-otot badan serta meredakan tekanan. 

MANDI AIR PANAS

Mandi dengan menggunakan air panas sebenarnya mampu membantu menyahkan toksin daripada tubuh badan anda. Malah ia juga mampu menurunkan kandungan gula dalam darah, menyembuhkan sakit otot serta menjaga usus besar. Satu kajian di Jepun menunjukkan jika seseorang berendam di dalam air panas selama sepuluh minit, ia dapat membaiki jantung terutamanya sekali untuk lelaki. 

MANDI GARAM

Mandi garam adalah cara untuk merasai kesegaran dengan merangsang semula organ dalam badan yang kehilangan tenaga. Ia mampu merangsang vitamin tertentu dan mengurangkan homosistina iaitu sejenis bahan yang gagal dicerna dan akan mengotorkan darah dalam tubuh. Mandi garam turut dapat melancarkan peredaran darah dan merawat tumit kaki yang merekah. 

MANDI WAP

Mandi wap bukan sahaja mampu menyegarkan kita, malah turut memberikan kesan yang baik untuk sistem kadiovaskular. Selain itu, mandi wap juga dapat mencairkan darah, mengembangkan urat saraf serta melegakan otot-otot.


Selasa, 28 Mei 2013

Handmade : Bunga Sushi Felt

Hanya potong panjang dan kelebaran ikut citarasa anda.. kemudian gulung je..& gamkan di penghujungnya...






Selamat mencuba :)

Handmade : Bunga Felt Qaseh



Cara-caranya :

pasti korang bley buat..









selamat mencuba ye..

Resepi : Laksa Utara



Bahan-bahan ( - )

  • 1 kilo ikan kembong/sardin segar
  • 5 kuntum bunga kantan
  • 1 ikat daun kesum
  • 5 ulas bawang merah
  • 20 tangkai cili kering
  • belacan ikut suke
  • timun,daun salad,cili merah dan cili padi untuk dihiris.
  • garam dan serbuk perasa
  • laksa basah/laksa kering

Cara-cara

  1. rebus ikan kembung bersama asam keping,sesudah direbus asingkan isi dan tulang... isi haruslah ditumbuk.. kisar tulang2 ikan tadi dan tapis..barulah umpppp bawang merah,belacan dan cili kering dikisar,campurkan semua bahan dengan isi ikan dalam air rebusan ikan tadi serta daun kesum dan bunga kantan,masuk garam dan serbuk perasa,akhir sekali masukkan 3tangkai daun pudina..
  2. celur laksa dan siap untuk dihidangkan

Resepi : Bubur Nasi Berlauk



Bahan-bahan ( Serve 4 )

  • - 1 cawan beras
  • - 8 cawan air (terpulang la nak lembik atau pejal bubur tu nanti)
  • - 2 biji kentang (potong kecil2)
  • - 1 labu bwg besar ( hiris)
  • - 2 ulas bwg putih (hiris)
  • - 2 inci halia (hiris)
  • - 4 ketul daging ayam
  • - sedikit perasa ayam, lada hitam, lada putih & garam

Cara-cara

  1. Tumiskan bahan2 hiris hingga naik bau.
  2. Masukkan air, biarkan mendidih.
  3. Masukkan beras, kacau dan didihkan sekali lagi dgn api besar.
  4. Kemudian masukkan ayam dan kentang. Kacau dan tambahkan bahan2 perasa.
  5. Masakkan bubur dgn api sederhana/kecil hingga kelihatan pekat & kembang. Tambah air jika tekstur beras kelihatan seperti nasi. Kacau sekali-sekala.

Resepi : kentang Putat Ala KFC



Bahan-bahan ( 10 biji kentang )

  • 10 biji kentang di buang kulit dan di potong kiub ( besar2)
  • 1 sk lada hitam di tumbuk halus
  • 1/2 cawan fresh milk
  • garam secukup rasa

Cara-cara

  • Rebus kentang dgn sedikit garam

  • Setelah empuk toskan air dan tumbuk sedikit kasi hancur

  • Kemudian guna hand mixer putar sehingga kentang jadi halus.

  • Sambil putar , sambil masukkan garam, lada hitam dan susu secukupnya.


Bahan-Bahan Sos

Bahan-bahan ( 3 - 4 orang )

  • 650 ml air
  • 5 sudu besar stok ayam (sy guna brand Maggi)
  • 1 biji bawang besar - cincang
  • 1 batang saderi - cincang
  • 40 gm mentega
  • 20 gm tepung gandum
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram
  • sedikit serbuk lada hitamA
  • kicap pekat
  • garam

Cara-cara

  1. Masak air dengan stok ayam,saderi dan bawang besar hingga mendidih.Renihkan dalam 10 minit.Tapis ke dalam mangkuk.
  2. Cairkan mentega dan masukkan tepung gandum.Kacau atas api kecil hingga tak melekat pada tepi periuk.
  3. Tuang air rebusan sedikit demi sedikit sambil dikacau supaya tak bergentel.
  4. Masukkan sos tomato dan sos tiram, juga beberapa titik kicap pekat (kicap utk bagi warna).Masukkan juga serbuk lada hitam dan garam.
  5. Masaklah ikut pekat mana yg disukai.NOTE: rasa dulu baru letak garam sbb stok ayam dan sos tiram dah masin.A





Resepi : Kek Batik Qaseh







Bahan-bahan :

  • 600 g biskut  mery ( dipatah 4)
  • 5 sudu besar serbuk koko (bancuh bersama air suam)
  • 1 buku butter
  • 1 cawan susu pekat 
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan milo
  • 5 biji telur (dipukul)
Cara-cara :


  1. Cairkan butter di dalam kuali.
  2. Masukkan bancuhan serbuk koko & kacau rata
  3. Masukkan milo, susu, gula & kacau rata
  4. Apabila sudah rata, masukkan telur yang sudah dipukul, kacau rata
  5. Kemudian masukkan  biskut marie  ke dalamnya. Kacau dgn cepat sebelum campuran coklat tadi mengeras di dalam kuali. Gunakan api yg kecil saja.
  6. Masukkan ke dalam bekas yg telah dilapikkan plastik. Mampatkan kek ini dgn menggunakan plastik dan ditekan dgn tangan. Pastikan kek ini telah diratakan dgn sekata ke dalam bekas.
  7. Sejukkan selama setengah hari. Boleh dihidangkan pada waktu petang atau dijadikan hantaran.

Kursus : Microsoft Office

Pakej 1 : RM 460.00

  • Pengenalan Komputer
  • Microsoft Word
  • Microsoft Excel
  • Microsoft Powerpoint
  • Microsoft Access
  • Internet
  • Laman Web
Pakej 2 : RM 360.00

  • Pengenalan Komputer
  • Microsoft Word
  • Microsoft Excel
  • Microsoft Powerpoint
  • Microsoft Access
  • Internet
Pakej 3 : RM 290.00
  • Pengenalan Komputer
  • Microsoft Word
  • Microsoft Excel
  • Microsoft Powerpoint
  • Internet
Pakej 4 : RM 250.00
  • Pengenalan Komputer
  • Microsoft Word
  • Microsoft Excel
Pakej 5 : RM 150.00
  • Adobe Photoshop

Hubungi Kami :


PUSAT LATIHAN KOMPUTER BELIA

40A, Jalan Harmoni, 
34300 Bagan Serai, Perak.
Tel : 05-7218746





Petua : 8 Cara Mudah Kuruskan Badan Dengan Berkesan


Apakah anda masih kekal gemuk walaupun anda dah cuba pelbagai cara untuk kuruskan badan?

Biar saya beritahu anda satu rahsia:

Jangan harap anda nak kurus kalau anda tak tahu 8 cara asas untuk kuruskan badan anda. Malah, jika anda betul-betul amalkannya, anda akan kurus dengan berkesan!

Bagaimana? Teruskan bacaan anda...

Saya akan senaraikan kesemua 8 cara mudah tersebut seperti berikut:

1. Kawal Pemakanan Anda 

Pastikan anda berhenti sebelum anda rasa kenyang atau terlalu kenyang.
Tahukah anda, setiap lebihan makanan/ kalori yang anda makan akan bertukar menjadi LEMAK jika ia tidak dibakar melalui aktiviti harian anda. 
Fakta: Setiap lebihan 8000 unit kalori dalam badan, berat badan anda akan naik 1KG!

2. Kurangkan Karbohidrat, Lebihkan Protein

Untuk pengetahuan anda, pengambilan karbohidrat dalam kuantiti yang banyak akan menggemukkan badan anda. Malah karbohidrat hanya memberikan kesan kekenyangan yang sementara (2 jam sahaja) dan kemudian anda akan berasa lapar semula.
Protein pula lebih cepat mengenyangkan serta rasa kenyang itu bertahan lebih lama.
Jika anda kurangkan karbohidrat (ambil portion kecil sahaja), badan anda akan membakar lemak anda sebagai sumber alternatif bagi membekalkan tenaga kepada anda setiap hari. Oleh itu, badan anda akan kurus dan langsing!

3.  Jangan Berlapar! (Jaga Waktu Makan Anda)

Jangan lupa mengambil sarapan kerana ia akan meningkatkan kadar metabolisma badan anda. Jadi kadar pembakaran lemak anda juga bertambah cepat!
Makan setiap 2 jam dan selangkan dengan snek ringan supaya anda tidak berasa terlalu lapar.
Kadar metabolisma badan anda telah menurun selepas 7.00 malam. Setiap makanan yang diambil selepas itu akan dicerna dengan perlahan dan menyebabkan kegemukan.
Jadi, pastikan anda berdiet TANPA berlapar. Bagaimana? 

4. Elakkan/ Kurangkan Minuman Bergula dan Berkafein

Contoh air bergula adalah air berkarbonat. Kandungan gula dalam air gas ini adalah sangat tinggi iaitu 7-8 sudu gula bagi setiap hidangan!
Pengambilan gula yang berlebihan akan menyebabkan masalah kegemukan serta akan mendatangkan penyakit serius seperti kencing manis.
Manakala kafein pula bukan sahaja menyebabkan kadar metabolisma badan menurun (kesannya gemuklah!), malah juga boleh menyingkirkan nutrien seperti vitamin daripada badan anda.

5. Minum Air Kosong 8 Gelas Sehari

Air kosong adalah sangat bagus untuk badan anda kerana hampir keseluruhan badan mengandungi air. Maka, amalkan minum air kosong sebanyak 8 gelas (2-3 liter) setiap hari.
Selain itu, air yang mencukupi dapat menyingkirkan bahan perkumuhan yang tak diperlukan oleh badan anda. Lemak yang telah diuraikan juga disingkirkan melalui air kencing dan perpeluhan.

6. Lakukan Aktiviti Fizikal/ Senaman Ringan

 Anda digalakkan untuk melakukan aktiviti fizikal yang ringan (30 minit) setiap hari untuk bakar kalori yang berlebihan dalam badan anda.
Cara yang paling mudah: Anda tahan nafas dalam-dalam (pada bahagian perut) selama yang mungkin, kemudian lepaskan semula. Lakukan sekurang-kurangnya 7 kali sehari. Aktiviti ini akan bantu mengempiskan perut anda.
Selain itu, apalah salahnya jika sekali- sekala anda menggunakan tangga jikaoffice/ rumah anda tidak terlalu tinggi. Malah, anda juga boleh amalkan aktiviti ini di shopping mall. Sambil shopping, sambil kurus!

7. Pilih Program Diet/ Kuruskan Badan Yang Terbaik

 Perhatian: Jangan sesekali membuang duit anda di slimming center. Anda jejakkan kaki sahaja ke dalam pejabat mereka, anda perlu bayar RM300 hanya untuk mendapatkan consultation/ khidmat nasihat mereka. 

Jika anda fikir mesin-mesin mereka boleh menguruskan badan anda, anda silap! Akhirnya, anda akan diberikan suatu jadual pemakanan yang sangat ketat sehinggakan salah satu menu anda adalah satu batang lobak untuk waktu petang!

Anda boleh rujuk blog saya untuk mendapatkan program diet yang benar-benar berkesan, semulajadi dan tidak membebankan. Malah, ia mengikut kesemua 8 cara mudah untuk kuruskan badan dengan berkesan yang saya senaraikan di sini. 

8. Positifkan Diri Anda

Akhir sekali, anda buatkan satu target yang ingin anda capai seperti berapa berat yang ingin anda capai dalam jangka masa tertentu. Kemudian, disiplinkan diri anda untuk mengikut perancangan yang telah dibuat.

Timbang berat badan anda maksimum sekali sahaja dalam seminggu. Ini untuk mengelakkan anda kecewa jika tiada penurunan berlaku. Iyalah, anda takkan nampak kesannya dalam sehari!
Jika anda positifkan diri, anda akan menghasilkan result yang positif!

Semoga Berjaya!

Petua : Jenis Kulit Berminyak

Kulit berminyak akan kelihatan berkilat. Ia mempunyai epidermis tebal dan liang roma terbuka. Ia mempunyai kecenderungan untuk jerawat kecil dan bintik-bintik hitam.

Kulit berminyak biasanya akan mempunyai ciri-ciri berikut:

  • Kulit anda akan berasa selesa selepas mencuci muka dengan pencuci muka atau sabun muka dan air.
  • Kulit anda terasa agak berminyak selepas mencuci muka dengan pembersih krim.
  • Kulit anda akan muncul berkilat pada waktu tengahari.
  • Anda akan kerap mengalami jerawat.
  • Kulit anda terasa segar selepas mengaplikasikan facial toner.
  • Kulit anda berasa sangat berminyak selepas mengaplikasikan krim malam.
Terdapat beberapa sebab:
  • Pembersih yang agresif dengan kosmetik yang mengandungi bahan-bahan merengsa.
  • Kelenjar sebum terlalu aktif.
  • Stress
  • Gangguan hormon
  • Kecenderungan genetik.

Petua : Hilangkan Parut

Mencari2 petua nak hilangkan parut.. Ada parut kat lutut ni x nak hilang.. Kesan dari jatuh (x ingat plak jatuh kat ner,rasanya atas jalan tar..). Mak ai, banyaknya petua.. Mana satu nak ikut ni? Kalau kengkawan nak try ikutlah petua2 ni. 

Petua 1: Ambil daun lidah buaya, buang duri di kiri dan kanan daun. Kemudian buang sedikit kulit daun tersebut untuk mendapatkan lendirnya. Sapu lendir daun lidah buaya tersebut pada parut di muka atau badan. Parut akan cepat sembuh terutama sekali parut yang masih baharu.

Petua 2: Ambil biji asam jawa. Goreng tanpa minyak lebih kurang 5 minit. Kemudian ambil dan goreskan pada batu atau permukaan yang kasar. Bila keluar serbuknya, titiskan air dan gosok pada parut. Jika anda rajin amalkan ia akan dapat menghilangkan parut tersebut.

Petua 3: Tumbuk kulit kayu manis sehingga lumat. Campurkan serbuk ini dengan sedikit air. Bancuhkan bersama dengan bedak sejuk. Setelah sebati, sapu rata di bahagian berparut. Lakukan sekerap yg mungkin. Lama-kelamaan, parut akan beransur hilang. Petua ini juga sesuai untuk menghilangkan bintik-bintik hitam dan jerawat di wajah.

Petua 4: Ambil sedikit asam jawa, kemudian ramas dengan mencampurkan sedikit air. Jangan terlalu cair. Selepas itu, sapukan pada tempat yang berparut. Biarkan sehingga kering. Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur. Insyaallah ia amat berkesan utk menghilangkan parut.

Petua 5: Amalkan gosok setiap hari dengan kulit pisang lemak manis atau kulit pisang kapas.
Petua 6: Sapukan dengan sebarang ubat gigi setiap hari.

Petua 7: Ambil sedikit beras, kunyit hidup dan sedikit bawang putih. Kisar bahan-bahan ini sehingga halus. Kemudian, campurkan dengan sedikit air dan ratakan ke muka. Biarkan sehingga kering dan kemudian gosokkan perlahan-lahan sama seperti memakai skrub. Setelah itu bilaskan dengan air suam. Lakukan setiap hari dan anda akan mendapat hasil yang memuaskan.

Petua 8: Ambil daun pegaga bersama akarnya dan cuci hingga bersih. Giling hingga lumat dan satukan bersama sedikit bedak sejuk dan air. Lumurkan pada bahagian kulit yang berparut sebelum masuk tidur. Amalkan selalu.

Petua 9: Ambil tepung ubi dan kunyit hidup campurkan dan letak pada parut di muka atau badan anda.

Petua 10: Asah kulit kayu manis dan campurkan dengan madu lebah. Tempelkan pada muka yang berparut setiap malam. Keesokkannya, cucilah menggunakan air suam.

Petua 11: Kisar timun dan tapiskan airnya. Tampalkan hampas timun pada muka. Biarkan setengah jam. Kemudian cuci bersih dengan air suam.

Petua 12: Rendam beberapa helai daun senduduk, sedikit cekur dan segenggam beras. Kemudian giling hingga lumat. Sapukan pada parut muka 2 kali seminggu.

Petua 13: Tumbuk 10 helai daun sirih muda. Tempelkan pada muka terutama pada bekas jerawat. Setelah kering, cuci muka dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu.

Petua 14: Kukus ubi kentang yang dibuang kulitnya dan apabila sudah masak, lumatkan hingga halus. Tempelkan pada parut tersebut. Biarkan hingga kering. Lakukan selalu dan anda akan mendapati bekas parut itu akan hilang dengan sendirinya. Amalkan sehingga kesan parut hilang.

Petua : Hilangkan Lebam Bawah Mata Anda

Pancaran mata sebenarnya adalah bahasa hati seseorang. Bak kata pepatah, “Dari mata turun ke hati”. Seorang yang banyak pengalaman, contohnya mak kita, boleh tahu samada kita bercakap benar atau tidak dengan hanya merenung pandangan dan kerdipan mata ketika kita berhadapan dengannya. Dikatakan juga orang yang cantik jelita ialah seseorang yang turut mempunyai pandangan mata yang bercahaya dan berseri-seri. Jadi memang penting sekali untuk kita menjaga kecantikan mata ini. Jadi kita kena tahu bagaimanakah cara untukmenghilangkan lebam bawah mata agar ia tampil berseri.

Petua Hilangkan Lingkaran Hitam Pada Mata
Potong sebiji kentang dan hiris kepada beberapa kepingan nipis.Lepas tu lekapkan hirisan kentang tu pada sekeliling dan kedua-dua belah mata. Biarkan selama 10-20 minit lepas tu barulah dibilas dengan air bersih.
Cuba amalkan selalu kerana dikatakan kandungan enzim dalam kentang bukan sahaja dapat membantu mengurangkan lingkaran hitam kat mata malah boleh mencerahkan kulit.
Petua Hilangkan Kesan Hitam Bawah Mata
Perah lemon dalam cawan. Kemudian sapukan perahan tu perlahan-lahan di kawasan sekitar bawah mata. Sebaik-baiknya amalkan dua kali setiap hari untuk mendapat hasil yang diharapkan.
ATAU
Sediakan satu cawan air panas dan sehelai kain yang lembut. Celup kain dalam air panas (pastikan jangan terlalu panas takut melecur pula nanti..huhu..) angkat dan letakkan pada mata. Biarkan selama 15 minit.
Lepas tu barulah disapu sedikit krim pelembam pada sekitar mata. Jika rajin amal, lingkaran hitam atau tanda seakan-akan lebam pada mata tu tidak akan kelihatan lagi.