Khamis, 13 Mac 2014

. Resepi : Puding Milo .

Lapisan milo

8gm agar2 tali
Air ikut sukatan pada pembungkus
1/2 cawan gula
3/4 cawan milo (serbuk koko pun blh)

1. Masak agar2 dgn air hingga larut
2. Setelah larut masukkan gula dan milo dan kacau hingga xberketul2
3. Selepas semuanya larut tapiskan agar2 sebelum dimasukkan kedalam loyang
4. Biarkan ianya keras sedikit
5. Bila agar2 dah agak beku cucuk2 sedikit permukaan agar2 sebelum dituang lapisan yang kedua supaya puding tidak tertanggal dan melekat cantik

Lapisan susu

10gm agar2 tali
Air ikut sukatan pada pembungkus
1/2 cawan gula
1 cawan susu sejat
Esen vanila (aku guna esen coklat)

1. Masak agar2 dgn air hingga larut
2. Setelah larut masukkan gula dan kacau hingga betul2 gula larut
3. Masukkan susu sejat dan esen
4. Dgn perlahan2 tuang puding keatas agar2 milo tadi dan biarkan sehingga agak2 keras
5. Selepas itu tuang pula agar2 milo dan ulangi proses yang sama hingga adunan habis.


ttaarraaaa... *selamat mencuba*


Tiada ulasan:

Catat Ulasan