Khamis, 13 Mac 2014

. Resepi : Puding Roti Karamel .



Bahan karamel:
4 sb gula pasir
1/4 cawan air
** masuk air dan gula dlm loyang, masak atas api yg kecil hingga keperangan. Tutup api, sejukkan.

Bahan puding:
7 keping roti putih
3 biji telur
1/2 cawan susu pekat
2 cawan susu cair
Pewarna ~ merah, hijau dan kuning
Perasa ~ ikut citarasa

Caranya :
1. Campur semua bahan kecuali pewarna dan perasa. Blender hingga halus.
2. Bahagikan adunan kpd 3 bahagian, warnakan dan letak perasa kegemaran.
3. Tuang adunan selang seli dlm loyang yg ada karamel. Adunan puding ni cair, bila tuang adunan berwarna, ada warna yg akan tenggelam. Tak apa, bila dah kukus nnti, cantik je kejadiannya.
4. Kukus selama 30 minit atau hingga masak.
5. Bila dh masak, sejukkan. Biar betul2 sejuk baru diterbalikkan dan dipotong.
6. Sedap dimakan bila disejukkan dlm peti ais.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan