Jumaat, 20 Mac 2015

PENGAT PISANG NANGKA



Bahan-bahan:

5 biji pisang nangka-dipotong menyerong (atau ikut suka anda)...
1 cawan santan pekat (sy guna santan kotak)
4 cawan air
2 ketul gula melaka
1/4 cawan gula merah
1/4 cawan biji sagu
2 helai daun pandan-diikat
1/2 st garam
gula secukupnya (optional jika anda hendak lagi manis)

Cara-cara:
Masak gula melaka dan gula merah sehingga hancur dengan 2 cawan air. Tapis
Masukkan santan, air, air gula melaka, garam dan daun pandan tadi dalam periuk dan masak sehingga mendidih.
Masukkan sagu biji dan pisang. Masak sehingga sagu kembang.
Gula boleh dimasukkan jika anda hendakkan lebih manis.
Angkat dan hidangkan.
Nota:
Saya tidak masukkan gula putih dalam pengat nie sebab manis gula melaka dan gula merah serta pisang sudah mencukupi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan