Jumaat, 20 Mac 2015

RESEPI CHOCOLATE MOUSSE


Bahan-bahan ( dapat 4 bekas ) :
1 cawan whipping cream...
2 biji telur - asingkan kuning dgn putih telur
5 sudu gula halus
250gm choc masakan
Sesudu marjerin/ butter
1/2 sudu serbuk nescafe - bancuh dgn sedikit air
1 sudu esen vanilla

Cara-cara :
1. Pukul whipping cream menggunakan whisker/mixer sampai stiff peak.
2. Dalam bekas yg lain, masukkan kuning telur dan gula. Kacau sampai telur tu bertukar kaler jadi cerah sikit. Dalam 3-4 minit mcm tu lah..
3. Dalam bekas yg lain lagi, cairkan choc masakan dan marjerin dgn menggunakan teknik double boiler. Lepas choc dah cair, masukkan serbuk nescafe yg dah dibancuh dgn air.
4. Masukkan adunan kuning telur tadi ke dalam adunan choc kita.
5. Kacau sampai sebati dan panaskan kembali adunan tersebut guna kaedah double boiler jgk. Kejap je, lepas tu angkat dan ketepikan.
6. Pukul putih telur dalam bekas lain sehingga stiff peak/kembang.
7. Akhir sekali, gabungkan kesemua adunan ( whip cream, choc dan putih telur ). Kacau adunan sehingga sebati - Jangan terlebih kacau supaya texture mousse kita tak hilang. Masukkan adunan ke dalam bekas yang sesuai.
8. Sejukkan mousse dalam fridge selama 4-5 jam atau semalaman. Sedia dimakan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan