Selasa, 22 Oktober 2013

Resepi : Udang Goreng Mentega

Bahan-bahan: 


250 gm udang besar
15 biji telur (ambil kuning sahaja)
15 gm cili padi
20 gm daun kari
500 gm mentega
1 sudu sos tiram
Tepung beras secukupnya
Sedikit susu cair
Garam secukup rasa



Cara Membuat: 
· Udang diperap dengan susu cair, garam dan sos tiram. Kemudian gaul dengan tepung beras lalu digoreng. Ketepikan.
· Campurkan mentega dan minyak masak. Apabila minyak panas, masukkan kuning telur dan kacau.
· Setelah telur separuh garing, masukkan daun kari, cili padi dan serbuk perasa.
· Curahkan minyak berserta bahan-bahan yang digoreng ke atas udang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan