Isnin, 21 Oktober 2013

Bajet Untuk Majlis Bertunang

Mesti kawan2 yg di luar sana pening memikirkan bajet untuk bertunang kan? Lagi2 skg ni sumer harga barang mahal kn? Bg kami biarlah kita bersedahana sahaja  dalam apa2 majlis yg hendak kita lakukan..  Tidak perlu  keterlaluan & nk hebat2 sangat.  Takut x smpai hujung bulan duit dah habis.. Nnt sendiri yg melopong J

 Sekiranya ada diantara kamu semua yg masih pening kepala untuk mengira2 bajet yg sesuai & inginkan kos yg menjimatkan apakata kamu semua ikut bajet dan  cara itu pun kalau kamu semua nk jdkan ia sebagai rujukan la..:)

Senarai Yang Perlu Diambil Berat

  1. Makanan Untuk Para Tetamu
·         Anggarkan berapa bnyk kos untuk makanan supaya tidak terkurang ataupun terlebih.
·         Seelok-elokya jemputlah hanya keluarga, saudara mara & rakan yg terdekat sahaja.
·  Pilihlah makanan yg berpatutan harganya, simple & mudah dimasak tapi ia mengenyangkan…
·    Lagi menguntungkan bergotong-royong bersama keluarga dan saudara mara masak sendiri.



2. Hantaran
  • Ini juga pekara yg penting dalam pertunangan. Sekiranya kamu semua nak buat majlis yg sedarhana cukup la sekadar lima dulang (pihak lelaki) berbalas tujuh dulang (pihak perempuan).
  • Selalunya hantaran pertunangan kebanyakanya berasaskan makan. Dan barang2 wajib seperti sireh junjung, bunga rampai & cincin (bg pihak lelaki).
  • Pastikan bajet untuk setiap dulang hantaran berpatutan. Walaupun harganya murah tetapi nampak mewah dan bergaya.
  • Sekiranya kita mempunyai kretiviti untuk mengubah hantaran lagi bagus kerana dapat menjimatkan wang dan kita boleh mengubah hantaran mengikut kehendak kita sendiri.


3. Baju Dan Aksesori
  • Belilah ketika pasaraya mengadakan potongan harga.
  • Bandingkan dengan harga kedai lain.
  • Biarpun harganya murah tetapi yang penting cantik apabila dipakai
  • Sekiranya mempunya bajet yg kurang, pinjam lah dari rakan yg mempunyai baju pertunangan yg dulu. 
  • Lebih mudah dan jimat jika anda pandai menjahit untuk baju pertunangan anda sendiri.   


4.Make-Up

  • Makeup memang penting bagi kita kaum hawa tetapi terpulanglah pada anda sendiri ingin sentuhan dari andam ataupun tidak. Tetapi bg kami lebih baik meminta rakan ataupun sedara yg pakar solek memakeup kan kita…  mungkin hasilnya tidak sehebat pakar solek tetapi di situ kita telahpun jimat kos untuk pertunagan bukan?. ^^

5. Khemah Makan

  • Sekiranya rumah anda besar dan luas (kebanyakan rumah kampung) tidak perlulah menyewa khemah cukuplah sekadar makan buffet beramai2 diatas lantai..
  • Sekiranya rumah anda di perumahan dan kecil eloklah anda menyewa khemah untuk keselesaan bersama.
  • Khemah tidak perlulah yg mahal2… cukuplah sekadar biasa2 saja.

6. Pelamin

  • Bg kami jika ingin beserdahana tidak perlulah menyewa pelamin. Kerana  ianya satu pembaziran. Cukuplah sekadar di bilik ataupun sediakan lah ruang untuk tempat menyarung cincin. Hias lah tempat tersebut dengan langsir, pasu bunga  dan hamparkan lah karpet. Itupun sudah mencukupi dan nampak cantik. ^^


7. Jurugambar

  • Mintalah bantuan saudara mahupun rakan mengambilkan gambar pertunangan anda menggunakan kamera digital. Tidak perlu bersusah payah mengeluarkan wang untuk membayar juru kamera. Jika anda pandai mengedobe gambar anda ianya lagi memudahkan kerja anda. Anda hanya perlu mengeluarkan duit untuk mencuci gambar jew… kan mudah^^ 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan