Rabu, 23 Oktober 2013

Bajet : Majlis Perkahwinan

Saya ingin berkongsi entry tentang tajuk najet kenduri kahwin yang kami bakal langsungkan pada Jan 2014 tahun depan. Kami buat majlis kenduri kesyukuran sahaja. Harap segala perancangan berjalan dengan lancer bagi kedua-dua belah pihak. Di sini Farah masukkan beberapa bajet secara kasarnya untuk panduan kawan2 yang sedang merancanh untuk buat kenduri kawin dalam masa terdekat ini..
  • Jamuan Makan--->RM 3000 (gotong-royong)
  • Bilik & Meja Makan--->Saudara-mara
  • Sewa Khemah & Pinggan/Cawan--->RM 300
  • Baju Pengantin sepasang L/P, Makeup, Pelamin--->RM 1000                                                     
  • Upah Baju Kurung Boria 3 psg--->RM 150 
  • Kad Jemputan (500 Keping)--->RM 200
  • Door Gift--->RM 500
  • Total = RM5150

1. Jamuan Makan

Alhamdulillah saudara sebelah ayah mahu jadi ketua untuk masak untuk majlis kawin nanti. Kami kawin pun bukan dalam musim perayaan. Jadi harga barang masih consider  berbanding mereka yang buat majlis dalam musim perayaan. Dalam perancangan menunya nasi minyak + 2 lauk + 1 sayur + 1 jenis buah. Kami akan edar kad 500 keping. Harap nanti tetamu dating cukup dengan bajet makanan yang disediakan J .

2. Bilik dan Meja Makan
Saya sebenarnya akan menggajikan ibu saudara untuk urusan bilik & meja makan. Beliau mahir dalam pemilihan warna dan beliau juga mempunyai barang lengkap utuk hias bilik & meja makan.Saya tidak dapat nak gambarkan lagi macam mana keadaan sebenar..

3.Sewa Khemah & Pinggan/ cawan
Bab khemah kami akan menggunakan 3 biji khemah untuk tetamu, sebiji khemah harga sewa RM 50 termasuk meja & kerusi. Tentang pinggan& cawan pula sewanya RM 150 untuk majlis kawin. Memang harga boleh tahan la dengan zaman sekarang.Kalau tempat lain tak dapat harga yang semacam nie…

4.Baju Pengantin, Mekap& Pelamin
Bab semua nie kami merancang utnuk menyewa di Butik yang terdekat la..sudah dirundingkan harga tempoh hari... dengan harga RM 100 kami dapat lagi extra veil, sampin untuk hari nikah serta pintu gerbang untuk hari kawin.

5.Upah Baju Kurung Boria 3 psg
3 pasang shj??  kami akan tempah untuk mak, adik dan nenek shj.. saudara lain sendirian berhad la..jika nak pakai baju boria..:) Yang biasa2 pun x ksah janji tema kena dengan baju pengantin.

6.Kad Jemputan (500 Keping) 
Kad jemputan ni kami akan tempah di kedai yang terdekat la..Kad jemputan kami gabungkan kedua majlis sekali gus. Rasanya macam semua orang buat macam ni kot senang.

7.Door Gift
Door Gift ni Farah belum confirm lai nak letak kuih apa… masih dlm prancangan.. Farah ikut arahan mak jer la senang…huhuhu..


*ni harga secara kasarnya tidak termasuk harga baraang & hiasan hantaran*
  


Tiada ulasan:

Catat Ulasan