Khamis, 13 Mac 2014

. Resepi : Puding Strawberi buahan Kristal@ Strawberry Fruitti Crystal Pudding .





Bahan:
Lapisan berkaca (atas)
3gm serbuk agar2
450ml air- ita kurangkan 350 ml
5 sudu besar gula
mangga, strawberi, kiwi ~ dipotong kiub
blueberiLapisan berkaca (atas)

Masak air bersama serbuk agar2 hingga larut dan masukkan gula.
Masak lagi hingga mendidih. Padamkan api
Ketepikan.

Lapisan puding (bawah)
5gm serbuk agar2
500ml air
1/2 cawan susu cair
7 sudu besar gula- boleh lebihkan jika kurang manis sebab strawberri agak masam
120ml puri strawberi- untuk buat puri ita blend strawberri dan susu sekali.
ita tambah setitik pewarna merah

Lapisan puding (bawah)
Masak air bersama serbuk agar2 hingga larut dan masukkan gula.
Masak hingga mendidih dan masukkan susu cair.
Bila aduann puding hampir mendidih padamkan api dan masukkan puri strawberi.

Utk membuat puding:
Basahkan mould yg akan digunakan.
Tuangkan adunan atas (berkaca) ke dalamnya dan tabur potongan buah2an.( ita susun dulu buah-buahan. ita susun biar buah itu mukanya diatas bila terbalikkan nanti nampak cantik.)
Biarkan mengeras bahagian atasnya.
Kemudian kelar2kan sedikit dgn garfu.
Tuangkan pula adunan puding dgn perlahan2 hingga habis.
Biarkan seketika hingga hilang panasnya dan sejukkan dlm peti ais.
Hidangkan sejuk utk rasa yg lebih enak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan