

Bahan-bahan ( 20 biji )
--Doh--
500 gm tepung gandum1
1/2 sudu teh yis
1/2 cawan gula pasir
1/4 cawan minyak jagung
1 1/4 cawan air suam
--Inti--
2 genggam kacang hitam / merah
6 sudu gula pasir
sedikit minyak
1)Inti : Rebus kacang dan gula sehingga lembut. Setelah air agak kering, masukkan sedikit minyak. Rebus sehingga air kering. Sejukkan. ( Untuk lebih mudah beli je inti kacang merah yg siap diproses.
2) Larutkan gula dengan air suam.
3) Dalam mangkuk lain, satukan tepung, yis dan minyak jagung. Tuangkan air gula tadi sedikit demi sedikit sambil sebatikan adunan sehingga menjadi doh yang lembut.
)Bahagikan doh kepada 15 bebola kecil. Letakkan di atas dulang yang ditaburi tepung. Biarkan doh selama 10 minit.
5)Tumbuk doh (bagi angin keluar). Bulat-bulatkan doh, leperkan dan isikan inti. Tutupkan, bulat-bulatkan dan lapiskan dengan kertas minyak yang telah dipotong kecil mengikut saiz doh. Buatlah sehingga habis. Selepas itu biarkan doh pau menaik sekali ganda (kira-kira 40 minit).
6)Panaskan periuk kukus. Kukus kuih pau selama 10 minit.
* siap dihidang bersama Kopi 'O'*
Tiada ulasan:
Catat Ulasan